Wednesday, September 9, 2009

PROGRAM RAKAN MUDA RAMADHAN

warga raub tertarik dengan kenyatan akhbar mengenai aktiviti progran rakan muda ramadhan yang dianjurkan oleh Pejabat Belia Daerah Raub dengan kerjasama Surau Al Hidayah Perkampungan Melayu Sungai Lui. Usaha mendekati golonga remaja dalam aktiviti kerohanian merupakan sesuatu yang amat murni. Tahnia kepada Encik Mohd Zohri, Pegawai Belia Daerah Raub yang masih prihatin untuk pembangunan belia di Raub. Aktiviti untuk belia dan remaja semestinya terus dijalankan dan disokong.

warga raub berpendapat, aktiviti kerohanian hendaklah dilaksanakan sepanjang tahun dan tidak hanya dibulan ramadhan sahaja. Pendekatan yang lebih rileks untuk program kerohanian perlu diperkenalkan untuk mendapatkan penyertaan lebih ramai belia..contohnya, program kembara jiwa, peserta dibawa melancong kesuatu tempat yang boleh memberikan kesedaran diri ( contohnya pusat kusta ) dan dalam program tersebut diselitkan dengan aktiviti ceramah kesedaran diri dan pemantapan ibadah..

kalau sekadar ceramah agama, itu yang budak budak muda kurang minat..

No comments: