Wednesday, September 9, 2009

KARTIKA DIHUKUM SEBAT

warga raub menyokong penuh hukuman sebat dikenakan kepada peminum arak dikalangan umat islam. Kalau boleh hukuman ini dibuat dikhalayak ramai untuk menyedarkan lebih ramai ahli masyarakat khususnya orang islam...bukan peminum arak saja, kaki nombor ke, kaki judi ke, kaki rogol ke, dan berbagaio bagai lagi kaki elok kena sebat juga...

tahniah Jabatan Agama Islam Negeri Pahang..

BANTUAN KHAS RM 500 KAKITANGAN AWAM

warga raub mengucapkan terimakasih kepada kerajaan kerana sudi menawarkan bantuan khas sempena raya ini...kepada kakitangan awam, hargailah sumbangan ini dan tingkatkanlah komitmen dan produktiviti anda...SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI

PERKAMPUNGAN IBADAH ORANG TUA ISLAM

Tahniah diucapkan kepada para pelaja UniKL seramai 36 orang yang telah sudi meluangkan masa dan tenaga untuk bersama sama warga tua islam di perkampungan Ibadah. Anak anak muda terpelajar ini telah dapat sedikit sebanyak melahirkan sikap prihatin kepada golongan masyarakat yang terpinggir dan kurangn bernasih baik. Tetapi kehadiran anak anak muda UniKl ini amat terhad kerana mereka terpaksa kembali ke pusat pengajian untuk meneruskan perjuangan.

warga raub ingin menarik perhatian semua ahli masyarakat di Raub ( khasnya disekitar Bandar Raub )....berapa kalikan kita datang ke perkampungan ibadah ini ? Tahukan kita dimana perkampungan ibadan tersebut ? Pernahkah kita singgah sekejap untuk bertegur sapa dengan orang orang tua...kalau ada..terimakasih dari warga raub..

PUSAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DI DAERAH RAUB.

1. Rumah Kanak Kanak Tengku Ampuan Afzan ( Depan Sek Keb Methodis )
2. Perkampungan Ibadah Orang Tua Islam Tidak Berwaris, Sempam Baru
3. Pusat PDK , Jalan Pekeliling, Raub
4. Pusat PDK, Taman Sentosa
5. Rumah Orang Tu, Sungai Lui
6. Rumah Orang Tua, Sempalit
7.
8.
9.

TSUNAMI PERUBAHAN POLITIK

Jika berlaku tsunami perubahan politik dengan bertukarnya kuasa pemerintahan kerajaan Negeri Pahang dari Parti BN yang sedia ada.....senarionya :

Ahli Ahli Majlis Daerah yang dilantik oleh BN akan terpaksa meninggalkan tugas untuk dipegang oleh individu lain...bagaimana imej dan bahan perbualan 'bekas ahli majlis' berkenaan ? tentunya tak dapat dah parking free...

Peluang kontrak atau kerja kerja sebutharga dengan agensi kerajaan atau lain lain agensi yang selama ini laku dengan sokongan dan rekemen pemimpin politik BN, bagaimana nak dapat projek yaa..?

Jawatan ketua kampung contohnya, akan bertukar tangan - tentunya suasana dikampung akan terasa janggal, hendak tak hendak yang dah selesa dengan gaya dan cara kepimpinan tok 4 sekarang kena terima tok 4 baru

kakitangan kerajaan bagaimana ? apakah akan lebih cekap dan produktif ?

Tentunya permohonan tanah yang telah dibuat oleh ahli parti bukan BN sebelum ini akan diproses dan diluluskan setelah bertahun tahun tak mendapat sokongan YB BN...

Tentunya bantuan kebajikan masyarakat, bantuan rumah, bantuan baja dan lain lain bantuan juga diluluskan kepada 'muka muka baru'...

Tentunya pelajar yang terdiri anak bukan parti BN mendapat sokongan dan tawaran biasiswa Yayasan Pahang ....

dan banyaklah senario yang menarik akan berlaku ?

jangan tanah diberi kepada kaum bukan melayu dengan cepat dan banyak udahlah...

PROGRAM RAKAN MUDA RAMADHAN

warga raub tertarik dengan kenyatan akhbar mengenai aktiviti progran rakan muda ramadhan yang dianjurkan oleh Pejabat Belia Daerah Raub dengan kerjasama Surau Al Hidayah Perkampungan Melayu Sungai Lui. Usaha mendekati golonga remaja dalam aktiviti kerohanian merupakan sesuatu yang amat murni. Tahnia kepada Encik Mohd Zohri, Pegawai Belia Daerah Raub yang masih prihatin untuk pembangunan belia di Raub. Aktiviti untuk belia dan remaja semestinya terus dijalankan dan disokong.

warga raub berpendapat, aktiviti kerohanian hendaklah dilaksanakan sepanjang tahun dan tidak hanya dibulan ramadhan sahaja. Pendekatan yang lebih rileks untuk program kerohanian perlu diperkenalkan untuk mendapatkan penyertaan lebih ramai belia..contohnya, program kembara jiwa, peserta dibawa melancong kesuatu tempat yang boleh memberikan kesedaran diri ( contohnya pusat kusta ) dan dalam program tersebut diselitkan dengan aktiviti ceramah kesedaran diri dan pemantapan ibadah..

kalau sekadar ceramah agama, itu yang budak budak muda kurang minat..

TENAGA NUKLEAR

Kabinet akan memutuskan dalam masa 3 bulan samada ada akan menggunakan tenaga nuklear atau tidak - laporan akhbar.

warga raub berpendapat Malaysia tidak memerlukan loji tenaga nuklear yang boleh mendatangkan keburukan sekiranya berlakunya kebocoran sepertimana yang pernah berlaku di russia suatu masa dahulu. Selain risiko tersebut, bayangkan jika dengan adanya loji tersebut dan kamudian pihak musuh negara samada melakukan sabotaj atau sengaja menyerang pusat nuklear tersebut bukankah liji berkenaan akan menjadi 'bom' yang amat dahsyat kepada khidupan..

jika tetap ingin menggunakan tenaga nuklear , kerajaan ken menerangkan sengan terperinci apakah kebaikan dan faedah kepada negara dan rakyat ?

RM 800 GAJI PEMBANTU RUMAH

warga raub tertarik dengan tuntutan agar gaji pembantu rumah sebanyak RM 800 sebulan. Pada pandangan warga raub, bayaran gaji pembantu rumah hendaklah mengikut harga pasaran yang sedia ditawarkan oleh majikan dan boleh diterima oleh pembantu rumah. Pertimbangan juga perlu diambilkira bahawa pembantu rumah juga disediakan tempat tinggan dan makan minum ditanggung oleh majikan. Mengambilkira kos sebanyak RM 20 sehari untuk makanan dan penginapan, jumlah sebulan kos yang terlibat adalah sebanyak RM 600. Ini bermakna kos untuk seorang pembantu rumah berjumlah RM 1,400 sebulan. Wah nampaknya pembantu rumah perlu mampunyai sekurang kurangnya diploma...apa komen anda ?

Friday, September 4, 2009

Bicara Blogger Raub

warga raub ingin mengemukakan cadangan agar satu sessi pertumuah dan sembang bicara diadakan dikalangan blogger blogger yang mempunyai kepentingan dan hubungan dengan Daerah Raub untuk membolehkan perkenalan dan bertukar fikiran secara baik. Pertemuan ini juga dapat dijadikan asas untuk blogger mempromosikan Daerah Raub dan isu isu tempatan Raub secara efektif dan efesien. Warga Raub mengalu alukan komen pengunjung sekelian.

salam..

Thursday, September 3, 2009

PROGRAM SEMPENA RAMADHAN DI RAUB

Salam Ramadhan Untuk Pengunjung Yang Dihormati..
Warga Raub ingin berkongsi maklumat dan mendapatkan maklumat mengenai program program sepanjang bulan Ramadhan ini yang diadakan disekitar Daerah Raub.

Majlis Berbuka Puasa Felda Krau 1
Tarikh : 03.09.2009
Tempat :Masjid Felda Krau 1
Penganjur : UMNO Cawangan Krau 1


Majlis Berbuka Puasa Ahli Parlimen Raub
Tarikh : 07.09.2009
Tempat : Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur
Penganjur : Pejabat Ahli Parlimen Raub

Program Rahmat Ramadhan Warga FELDA Parlimen Raub
Tarikh : 8.9.2009
Tempat : Masjid Gugusan Felda Tersang
Perasmian Oleh : YB Abd Aziz Haji Mat Kiram
Penganjur : Seranta FELDA Jabatan Perdana Menteri &
FELDA Wilayah Mempaga