Monday, August 31, 2009

Hasil Mengalir Ketangan Lain..

Teringat warga raub semasa kursus BTN yang dihadiri, dengan lagu WARISAN, warga raub dan rakan rakan peserta kursus sungguh syahdu dengan bait bait lirik lagu tersebut terutama..HASIL MENGALIR KETANGAN LAIN...

Tanaman Kelapa Sawit merupakan salah satu aktiviti penting kepada pemilik pemilik tanah Orang Melayu di Daerah Raub. Hasil Sawit yang agak lumayan menyebabkan pemilik terdorong untuk terlibat dalam tanaman ini. Selain diusahakan secara individu, Kelapa Sawit juga diusahakan secara berkelompok yang rata rata diusahakan oleh FELCRA atau RISDA.

Aktiviti komersial yang terlibat dalam membangunkan dan menguruskan kebun atau ladang sawit adalah seperti aktiviti pembersihan hutan, pembinaan teres, pembinaan jalan ladang, pembetong, menanam, membaja, meracun, menebas, pruning dahan, memetik buah, mengangkut buah ke dalam lori, menghantar buah dari pokok ke pusat pengumpulan, menghantar buah dari ladang ke pusat timbang atau kilang, pembekalan baja dan racun, pembelian hasil sawit dan berbagai lagi..

Setiap aktiviti ini memerlukan tenaga kerja, peralatan, mesin dan input pertanian. Persoalannya, sebanyak manakah penglibatan Orang Melayu dalam merebut peluang kontrak atau perniagaan keatas aktiviti yang dinyatakan ? Menurut kajian awal oleh warga raub, rata rata aktiviti tersebut dikendalikan oleh kontraktor bukan melayu dengan tenaga pekerja asing.

Data yang boleh dibuat perbandingan :
Kos Pembangunan Tanah ( Membersih, Teres, Jalan, Menanam ) RM 3,000 / seekar
Kos Penyelenggaraan ( Meracun, Membaja, Menebas ) RM 1,000 / seekar
Kos Memetik Buah & Mengangkut ke Lori ( 1 ekar=500kg/bln) RM 35 / seekar
Kos Pengangkutan ke Kilang/Pusat Timbanng RM 0.50 / MT /1km

Anggaran sebanyak 5,000 ekar kawasan ladang sawit melibatkan pemilik tanah Orang Melayu..

Kos Pembangunan ; 5000 @ 3,000 = RM 15 Juta ( Sekali )
Kos Penyelenggaraan ; 5000 @ 1,000 = RM 5 Juta ( Setahun )
Kos Memetik Buah; 5000 @ 35. = RM 175,000 ( Sebulan ) / RM 2.1 Juta/thn

Kenyataan yang tidak dihiraukan ....
1. Tanah Milik Orang Melayu.
2. Orang Melayu tak mahu bersusah mengusahakan sebaliknya serahkan kepada pihak lain.
3. Kaum lain boleh ambil peluang ini sebab Orang Melayu tak bersatu hati usahakan tanah sendiri
4. Duit berjuta juta mengalir ke tangan orang lain...sayangnya...
5. Orang Melayu terlalu sibuk dengan perancangan untuk diri sendiri dan keluarga aje..
6. Kumpulan Orang Melayu tak bersatu...
7. Orang Melayu leka berpolitik...

fikir fikirkanlah

No comments: