Wednesday, April 29, 2009

MASA DEPAN RAUB

Tahun 2009 : Pembangunan Bandar Raub khususnya masih agak ketinggalan berbanding dengan lain lain bandar di Negeri Pahang. Pertumbuhan perbandaran dalam tempoh 10 tahun ini hanya tertumpu kepada kawasan Raub Perdana ( Jalan Lipis ) dan kawsan perniagaan baru, Pusat Perdagangan Raub ( Jalan Bukit Koman ). Perhentian Bas Raub, yang merupakan nadi kepada tumpuan masyarakat masih ditahap lama. Menurut maklumat, satu pusat perniagaan berupa lot lot kedai 2 tinggat akan dimajukan disebelah belakang perhentian bas dan kawasan pasar besar dengan harga pasaran RM480,000.00 seunit. Selain itu, terdapat beberapa unit gerai akan dibina dibawah hakmilik MDR.

Persoalan warga raub adalah..berapa ramaikan daripada kaum Melayu yang mampu untuk membeli lot lot kedai berkenaan sepertimana yang berlaku dikawasan perdagangan Pusat Perdagangan Inderapura, Raub Perdana dan Pusat Perniagaan Raub...apakah pisang akan berbuah buat kesekian kalinya..

Cadangan dari Warga Raub, semua pihak samada kepimpinan politik, usahawan, koperasi, syarikat maupun agensi yang berkaitan dengan Orang Melayu wajar untuk duduk semeja dan merangka strategi untuk memonopoli pembelian pembelian lot kedai yang akan dijual atau sedang dijual. Kepentingan dan maruah Orang Melayu di Daerah Raub perlulah dipertahankan dan sewajarnya usaha ini memerlukan pengorbanan dan persepakatan....pinggirkan sikap keakuan dan keegoaan kita semua..

Harga sewaan semasa bagi lot kedai tingkat bawah adalah sekitar RM 2,000 sebulan. Jadinya untuk membayar hutang bank sekitar RM 4,000 sebulan bukanlah sesuatu yang sangat sukar..
Apa yang warga raub selidiki..kemampuan koperasi koperasi yang terdapat di Daerah Raub yang mewakili kepentingan Orang Melayu boleh untuk memiliki lot lot kedai ini...pinjaman mudah dari SKM contohnya boleh digunakan untuk tujuan pemilikan aset...tepuk dada tanya selera..

3 comments:

alam said...

setuju.

Bukit Koman |武吉公满 said...

ingin mendapatkan perhatian anda, yang tersayang Raub terhadap sesuatu yang berlaku di hometown kami. untuk maklumat terperinci, sila lawat ke
http://al2k.blogspot.com/
Thanks!

Myluv - Syl said...

salam sejahtera.
satu info yg sangat berguna. mungkin boleh ditambah lagi beberapa info seperti bagaimana nk ke Raub (pengangkutan awam / persendirian), taman-taman perumahan, dan lain2 kemudahan.

terima kasih