Wednesday, April 29, 2009

MASA DEPAN RAUB

Tahun 2009 : Pembangunan Bandar Raub khususnya masih agak ketinggalan berbanding dengan lain lain bandar di Negeri Pahang. Pertumbuhan perbandaran dalam tempoh 10 tahun ini hanya tertumpu kepada kawasan Raub Perdana ( Jalan Lipis ) dan kawsan perniagaan baru, Pusat Perdagangan Raub ( Jalan Bukit Koman ). Perhentian Bas Raub, yang merupakan nadi kepada tumpuan masyarakat masih ditahap lama. Menurut maklumat, satu pusat perniagaan berupa lot lot kedai 2 tinggat akan dimajukan disebelah belakang perhentian bas dan kawasan pasar besar dengan harga pasaran RM480,000.00 seunit. Selain itu, terdapat beberapa unit gerai akan dibina dibawah hakmilik MDR.

Persoalan warga raub adalah..berapa ramaikan daripada kaum Melayu yang mampu untuk membeli lot lot kedai berkenaan sepertimana yang berlaku dikawasan perdagangan Pusat Perdagangan Inderapura, Raub Perdana dan Pusat Perniagaan Raub...apakah pisang akan berbuah buat kesekian kalinya..

Cadangan dari Warga Raub, semua pihak samada kepimpinan politik, usahawan, koperasi, syarikat maupun agensi yang berkaitan dengan Orang Melayu wajar untuk duduk semeja dan merangka strategi untuk memonopoli pembelian pembelian lot kedai yang akan dijual atau sedang dijual. Kepentingan dan maruah Orang Melayu di Daerah Raub perlulah dipertahankan dan sewajarnya usaha ini memerlukan pengorbanan dan persepakatan....pinggirkan sikap keakuan dan keegoaan kita semua..

Harga sewaan semasa bagi lot kedai tingkat bawah adalah sekitar RM 2,000 sebulan. Jadinya untuk membayar hutang bank sekitar RM 4,000 sebulan bukanlah sesuatu yang sangat sukar..
Apa yang warga raub selidiki..kemampuan koperasi koperasi yang terdapat di Daerah Raub yang mewakili kepentingan Orang Melayu boleh untuk memiliki lot lot kedai ini...pinjaman mudah dari SKM contohnya boleh digunakan untuk tujuan pemilikan aset...tepuk dada tanya selera..

Friday, March 13, 2009

POLITIK DI RAUB

Rata rata masyarakat di daerah Raub membicarakan mengenai suasana dan gelombang arus politik khusunya kesinambungan kepimpinan oleh orang Melayu...walau majoriti pengundi di parlimen Raub terdiri dari kaum Melayu, tetapi atas dasar perkongsian kuasa, kepimpinan oleh YB Dato Seri Ng Yen Yen diterima dengan berat hati...

Tuesday, February 24, 2009

PEMBANGUNAN DAERAH RAUB

Secara umumnya pembangunan di daerah Raub masih lagi tertinggal berbanding dengan bandar bandar lain di negeri Pahang. Dibandingkan dengan daerah bentong umpamanya, daerah Raub agak ketinggalan dan masih memerlukan pelaksanaan pembangunan dari semua sektor.
sektor industri umpamanya, Raub sangat tertinggal dan kegiatan perindustrian boleh dikatakan tidak wujud langsung di daerah ini. Kekurangan ini menyebabkan terhadnya peluang pekerjaan dan berlakunya penghijrahan yang besar anak nak muda ke luar.

Monday, February 16, 2009

sekadar koleksi

Bangunan Rest House : Mercu Tanda Bandar Raub dan Warisan Peninggalan Inggeris

Jalan Dato Abdullah : Bangunan UMNO - Lambang Kuasa Politik Melayu di Raub

Laluan Yang Sempit Terutama Di Musim Perayaan - Kena ada laluan alternatif







Stesyen Bas Bandar : Dulu, Kini dan Sampai Kiamat..hehehe